Saturday, July 6, 2013

Punyalah kuat angkat barang !!!

1998.. Tarikh sebenar kejadian aku tak berapa ingat, tapi yang pasti aku sedang belajar di dalam darjah enam. Masa tu salah sebuah bangunan lama SK. Kolapis terbakar. Aku dengar-dengar punca kebakaran disebabkan budak-budak nakal merokok di bawah kolong rumah guru lama yang hampir dengan bangunan lama tu. Hendak dijadikan cerita.........

Sedang aku asyik menonton drama cina kesukaanku, aku dikejutkan dengan berita kebakaran bangunan lama sekolah tu. Terus airmata ku mengalir. Bercampur baur perasaanku.. Takut.. Sedih.. Takut kalau-kalau api tu merebak sampai ke rumahku yang berhampiran dengan bangunan tu.. Sedih sebab banyak kenangan manis berlaku di situ..

Dan yang aku teramat pasti.. aku jadi sangat kuat untuk mengangkat kebanyakan barangan elektrik rumah untuk dipindahkan ke luar.. hahahaha..  nasib saja masa tu aku tak angkat peti sejuk. Barangan lain seperti TV, radio besar, komputer 1 set dengan printer sekali aku angkat.. Bukan itu saja, kain baju, gambar-gambar, segala dokumen penting termasuk buku sijil-sijil aku bawa ke luar semuanya. 

Kakak aku pula sangatlah pintar, yang dia tahu bawa duit dan dokumen penting saja dalam 1 beg tangan (Tabiklahh.. hehehe..)..

Sekolah hangus.. yang tinggal hanyalah sisa-sisa kebakaran. Kekuatan yang aku dapat tadi hilang macam tu saja. Sangat berat untuk aku yang sekecil itu untuk meletakkan semula barangan elektrik rumah dan pelbagai lagi di tempat asalnya. Aku jadi bahan gurauan famili. Tak semena-mena, aku tertonton cerita Doraemon.. Masa tu watak Giant pun macam aku. Rumahnya kebakaran dan dia jadi kuat untuk angkat semua barangan elektrik rumah untuk diselamatkan. Tapi selepas itu terpaksa sendirian mengemas. Huhuhu..

Kerja memunggah barang keluar rumah (seorang diri) tidaklah sampai setengah jam, tapi mengemasnya semula (juga seorang diri) mengambil masa 3 jam lebih. Hahaha.. sabar sajalah Emmy... :)

Peristiwa yang masih dalam ingatan setelah sekian lama... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails