Tuesday, September 7, 2010

Jangan Hina Negeri Orang

Saya x fahamla kenapa ada segelintir dr rakyat kita sendiri , MALAYSIA, dengan bangga menghina negeri lain dalam PAYUNG MALAYSIA.. Kita kan satu negara, 1 MALAYSIA... kenapa ikut sedap mulut mengata negeri saudara sendiri.. Kalau hendak mengkritik pun biarlah dengan sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.. Dan kalau teringin sangat hendak mengkritik jangan sampai orang melabel anda sebagai menghina.. Juga jangan ikut sedap mulut saja, sertakan jalan penyelesaian untuk kritikan anda.. Salur pada laluan yang betul.. Bukannya dengan bangga melontar kata yang boleh memecah belahkan kita sesama kita.. Kenapa 'anda' suka menghina negeri lain? Adakah 'anda' adalah agen untuk meruntuhkan negara?

Dan ada satu hal yang buat saya tidak senang.. BUDAYA MAKI MEMAKI.. Kita semua pun tahu budaya ni boleh mencemar nama baik kita.. Jadi pandai-pandailah kita guna kata-kata yang sepatutnya.. Kita kan kaya dengan pelbagai lenggok bahasa.. Ada lenggok yang boleh buat orang lain pedas.. tapi dalam masa yang sama tidak menggunakan kata-kata kesat..

Sama-samalah kita pertahankan negara kita..
Kita cuma ada satu negara sahaja.. MALAYSIA.. Tidak ada yang lain..


2 comments:

  1. sokong.. hehe.. entah apa kejadah.. ingin menjadi duri dlm daging. jgn2 warga indon yg sdg menyamar. haha

    ReplyDelete
  2. sini pla ko menyokong aaa.. hehe.. xtaula apa mo cakap.. klu sudah ada duri dalam daging.. bikin ketulangan atau kebelangkanan nanti time makan.. hehehe.. pastu baru mau menyucuk2 jari ke dalam mulut.. utk kasi ilang duri tu.. hehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails