Friday, September 24, 2010

Bila sudah tiada..


Bila sudah tiada..
Baru engkau tercari-cari..
Kenapa dulu tidak engkau peduli??
Baru sekarang engkau kembali menuntut janji..
Sedangkan dulu engkau tidak kotakan janji..

Bila sudah tiada..
Baru engkau teringat-ingati..
Kenapa dulu tidak engkau hargai??
Baru sekarang engkau kembali mencari memori..
Sedangkan dulu engkau tidak kenangkan memori..

Bila sudah tiada..
Baru engkau tersayang-sayangi..
Kenapa dulu tidak engkau cintai??
Baru sekarang engkau kembali mencari kekasih..
Sedangkan dulu engkau tidak mahukan kekasih..



Emmy Sulizzah
09:05 PM
24 sept 2010
Jumaat

Wednesday, September 22, 2010

shhhhh !!... diam..diam..


kata A: aku janji xkan bagitahu orang lain..
kata B: betul? kau janji k!! biar pecah diperut.. jangan pecah dimulut..
kata A: betul.. kau jangan bimbang.. zip!!!!!

huhu.. janji punya main berjanji kan.. tup. tup.. waaa.. semua orang tahu.. hekhek.. aku sekadar nak tulis ja.. takda maksud apa-apa pun.. cuma teringat antara kita ni mesti ada si mulut tempayan kan.. hehe..

till then.. daaaaaa...


be rite back!!!!!


Tuesday, September 7, 2010

Jangan Hina Negeri Orang

Saya x fahamla kenapa ada segelintir dr rakyat kita sendiri , MALAYSIA, dengan bangga menghina negeri lain dalam PAYUNG MALAYSIA.. Kita kan satu negara, 1 MALAYSIA... kenapa ikut sedap mulut mengata negeri saudara sendiri.. Kalau hendak mengkritik pun biarlah dengan sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.. Dan kalau teringin sangat hendak mengkritik jangan sampai orang melabel anda sebagai menghina.. Juga jangan ikut sedap mulut saja, sertakan jalan penyelesaian untuk kritikan anda.. Salur pada laluan yang betul.. Bukannya dengan bangga melontar kata yang boleh memecah belahkan kita sesama kita.. Kenapa 'anda' suka menghina negeri lain? Adakah 'anda' adalah agen untuk meruntuhkan negara?

Dan ada satu hal yang buat saya tidak senang.. BUDAYA MAKI MEMAKI.. Kita semua pun tahu budaya ni boleh mencemar nama baik kita.. Jadi pandai-pandailah kita guna kata-kata yang sepatutnya.. Kita kan kaya dengan pelbagai lenggok bahasa.. Ada lenggok yang boleh buat orang lain pedas.. tapi dalam masa yang sama tidak menggunakan kata-kata kesat..

Sama-samalah kita pertahankan negara kita..
Kita cuma ada satu negara sahaja.. MALAYSIA.. Tidak ada yang lain..


Related Posts with Thumbnails