Sunday, August 22, 2010

Mudah Marah + Guilty...

Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, aku jadi mudah marah.. takkan la sebab aku tonton sinetron Cinta Kirana aku jadi terpengaruh dengan watak utama tu.. huhu.. Emm.. atau mungkin sebab banyak benda yang aku fikir ni berkaitan dengan peri perasaan ku.. atau sebab kesihatan ka.. mana tahu ada darah tinggi atau ada apa-apa ka.. palis.. palis...

Susah juga mudah marah ni.. serba serbi ada ja yang tidak kena.. buat itu salah.. buat ini salah.. jadi tarik muka masam.. jelek sungguh!! Tapi dalam masa yang sama, aku cuba juga kawal rasa marah ni.. Selalunya aku diam.. mungkin diam lebih baik daripada mulut aku jadi pembebel bertauliah..

Had0ooiii... bila habis marah jadi rasa bersalah la pula... takut2 kelakuan kita menyinggung orang lain..

Baru saja tadi aku buat keputusan yang aku kira besarla juga.. betulkah aku sudah fikir masak-masak?? atau main hentam kromok ja buat keputusan?? Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata macam mana mau undurkan?? Ada peluang kedua lagi ka menebusnya?? Macam-macam soalan muncul selepas aku bagi kata dua.. Rasa bersalah pun ada.. Takpalah.. mungkin sekejap saja kan.. aku tengok orang lain OK ja being single.. takkan la aku KO kan.. Aku boleh baaa.... yeahh!! EMMY SULIZZAH boleh!!!!!



4 comments:

  1. Salam..Sabar itu separuh dari iman..Banyak perkara yang menyebabkan kita berasa mudah marah tapi perkara terbaik ialah bagaimana kita berusaha mengatasinya....

    ReplyDelete
  2. wo.. rilek.. baru ku perasan kewujudan blog mu ni. aku sangka ko saja2 add yg fb follower tu. ba follow blogger ba. berhubung ba geng. aku dah follow sini ;)

    ReplyDelete
  3. haha.. ya la.. tp aku jrg update ba.. ikutkan hati mau update hari2... insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails