Sunday, August 22, 2010

Mudah Marah + Guilty...

Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, aku jadi mudah marah.. takkan la sebab aku tonton sinetron Cinta Kirana aku jadi terpengaruh dengan watak utama tu.. huhu.. Emm.. atau mungkin sebab banyak benda yang aku fikir ni berkaitan dengan peri perasaan ku.. atau sebab kesihatan ka.. mana tahu ada darah tinggi atau ada apa-apa ka.. palis.. palis...

Susah juga mudah marah ni.. serba serbi ada ja yang tidak kena.. buat itu salah.. buat ini salah.. jadi tarik muka masam.. jelek sungguh!! Tapi dalam masa yang sama, aku cuba juga kawal rasa marah ni.. Selalunya aku diam.. mungkin diam lebih baik daripada mulut aku jadi pembebel bertauliah..

Had0ooiii... bila habis marah jadi rasa bersalah la pula... takut2 kelakuan kita menyinggung orang lain..

Baru saja tadi aku buat keputusan yang aku kira besarla juga.. betulkah aku sudah fikir masak-masak?? atau main hentam kromok ja buat keputusan?? Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata macam mana mau undurkan?? Ada peluang kedua lagi ka menebusnya?? Macam-macam soalan muncul selepas aku bagi kata dua.. Rasa bersalah pun ada.. Takpalah.. mungkin sekejap saja kan.. aku tengok orang lain OK ja being single.. takkan la aku KO kan.. Aku boleh baaa.... yeahh!! EMMY SULIZZAH boleh!!!!!



Thursday, August 19, 2010

::Dulu, Kita Pernah Conteng Batu Itu..::


Dulu, kita pernah conteng batu itu..
Contengan yang ada makna tentang hidup kita..
Ia seakan satu hamparan cerita yang hanya kita tau..

Dulu, kita pernah conteng batu itu..
Selepas kita conteng.. kita warnakannya..
Penuh warna-warni..
Ia seakan satu gambar masa depan kita..

Dulu, kita pernah conteng batu itu..
Batu itu jadi warna-warni selepas kita warnakan bersama..
Ia seakan satu kombinasi lukisan yang cantik..
Cantik kerana ada kita yang hasilkannya..

Dulu, kita pernah conteng batu itu..
Batu yang kini aku jaganya sendiri..
Batu yang menjadi prasasti kisah kita..
Kisah yang mungkin saja kau akan teringat..
Atau kisah yang mungkin kau sudah terlupa..

::Emmy Sulizzah::
Related Posts with Thumbnails