Tuesday, April 14, 2009

::sesaat di situ ::


jari jemari beriya-iya menari di atas papan berhuruf ini..
ingin mengutarakan maksud yang tidak tahu apa ertinya..
minda ligat berpusing mencari suatu tanda yang mungkin boleh dikongsi..
rasa kian jauh.. hati kian sepi.. terang kian malap..
siapakah yang berlari keriangan dulu.. mencari destinasi yang ingin ditemu..
yang tahu apa yang mahu dicari..

dalam termangu melihat langit biru..
walau sesekali awan menampakkan diri..
terdengar bisikan sang bayu melagukan bahasa..
bahasa indah yang tidak dapat pendengar fahami..
suatu rasa yang keliru pada suatu perkara yang ingin diterkah..

apa guna berlari kalau hati merasa penat..
penat pada pusingan masa dan ligatnya fikiran..
fikiran yang membawa pada suatu jalan yang sesat..
sesat dalam mencari suatu perjalanan yang lurus..
lurusnya hati.. namun mudah gabra..
gabranya hati.. namun mudah tersentuh..
tersentuhnya hati.. namun ada suatu kegagahan..
kegagahan yang membawanya terus teguh.. kukuh..
pada suatu denai pancaroba yang menyakitkan..

1 comment:

Related Posts with Thumbnails