Saturday, April 18, 2009

:: Hatinya ::

mula bertanya diri apakah maksud hati..
membiarkan pelangi berlalu sendiri..
warna-warninya yang indah penuh erti..
yang sebenarnya putih yang indah berseri..

sebelumnya hujan yang menerpa..
membasahi tanah yang tandus..
bukan niat meminta pada siapa..
tapi ingin suatu hamparan cinta kudus..

Tuesday, April 14, 2009

:: lelaki itu memandang ke sana ::


lelaki itu berdiri bersandarkan tiang lampu yang bercahaya pada malam purnama..
apakah yang dilihatnya..
kenapa dia memandang ke arah sana?
dia sendiri.. bersendirian..
apakah dia ingin mengubah perjalanan hidupnya..
apa kata hatinya?
dia agak jauh dari tempat itu..
dia ingin sampai ke situ..
tapi dia masih lagi berdiri bersandarkan tiang lampu..
statik pada kedudukannya..
apakah dia masih berfikir ke manakah hala tujunya?

::sesaat di situ ::


jari jemari beriya-iya menari di atas papan berhuruf ini..
ingin mengutarakan maksud yang tidak tahu apa ertinya..
minda ligat berpusing mencari suatu tanda yang mungkin boleh dikongsi..
rasa kian jauh.. hati kian sepi.. terang kian malap..
siapakah yang berlari keriangan dulu.. mencari destinasi yang ingin ditemu..
yang tahu apa yang mahu dicari..

dalam termangu melihat langit biru..
walau sesekali awan menampakkan diri..
terdengar bisikan sang bayu melagukan bahasa..
bahasa indah yang tidak dapat pendengar fahami..
suatu rasa yang keliru pada suatu perkara yang ingin diterkah..

apa guna berlari kalau hati merasa penat..
penat pada pusingan masa dan ligatnya fikiran..
fikiran yang membawa pada suatu jalan yang sesat..
sesat dalam mencari suatu perjalanan yang lurus..
lurusnya hati.. namun mudah gabra..
gabranya hati.. namun mudah tersentuh..
tersentuhnya hati.. namun ada suatu kegagahan..
kegagahan yang membawanya terus teguh.. kukuh..
pada suatu denai pancaroba yang menyakitkan..

Monday, April 13, 2009

:: buta ::


Buta tak kenal hati
Buta tak nampak jiwa
Buta tak tahu maksud
Buta tak faham kata
Buta tak rasa resah
Buta tak tahu jalan
Buta tak suka terang
Buta tak takut kelam
Buta pada hati.. mati
Buta pada jiwa.. sakit
Buta pada maksud.. keliru
Buta pada rasa.. binasa
Buta pada jalan.. sesat
Buta pada terang.. gelap
Buta pada kelam.. hitam

Related Posts with Thumbnails