Saturday, February 7, 2009

::Lie With A Tag::

LIE WITH A TAG..... Ataupun lebih senang kita cakap macam bohong sunat lah. Kamu pernah? Agak mustahil kalau kita kata yang kita tak pernah buat. Bohong Sunat sebenarnya tidak ada dalam Islam kerana menipu hukumnya haram. Ia sekadar istilah Melayu yang digunakan untuk menggambarkan tindakan berbohong kerana terpaksa atas sebab-sebab tertentu. Menurut Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed, menipu dalam Islam adalah sifat keji dan tanda bagi orang Munafik. Beliau memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, terdapat tiga tanda bagi orang Munafik, iaitu apabila berjanji dia akan mengingkari; jika bercakap, pasti dia berdusta, dan bila diberi amanah pula, akan diabaikan. Pada masa kini , istilah Bohong Sunat seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat kita, dan seakan-akan telah menjadi satu jenama dan label yang digunakan bagi menyelamatkan diri, tidak kiralah apa pun sebabnya.

Menurut hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a., Nabi s.a.w. bersabda; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)”

Manakala dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3)Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya

Jika dilihat melalui perspektif Bohong Sunat pada hari ini, terlalu banyak kita lihat orang berbohong disebabkan pelbagai alasan, kadang kala ada alasan yang tak dapat diterika akal.... dan selalunya bukanlah disebabkan oleh tiga keadaan yang disebutkan. Inilah yang orang kita istilahkan sebagai Bohong Sunat, tapi tak ada istilah ini di dalam agama. Bohong tetap bohong.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan Dr Mashitah tentang perkara yang sama iaitu, keadaan bagaimanakah kita dibolehkan berbohong. Jawab Dr Mashitah, berbohong adalah perkara yang dilarang dalam agama dan tiada istilah bohong sunat kerana perkara sunat mendapat pahala sedangkan berbohong pula salah satu sifat munafik. Bagaimanapun dalam agama ada tiga keadaan di mana dibolehkan berhelah iaitu pertama antara suami isteri demi menjaga kesejahteraan rumah tangga, kedua dalam peperangan dan ketiga untuk mendamaikan antara dua sahabat yang bergaduh. Kata beliau lagi, ada kalanya manusia berada dalam keadaan tersepit dan tidak dapat bercakap benar kerana hendak menjaga hati semua orang dan juga untuk menjaga nama baik. Kadang-kadang kenyataan seseorang juga boleh disalah ertikan atau sengaja disensasikan untuk tujuan komersial (dengan merujuk kepada situasi yang dihadapi oleh artis). Sebagai manusia biasa, ada ketikanya demi maruah dan mengelak fitnah ada perkara tidak boleh dihebahkan.

Jadi, adakah kita perlu menggunakan istilah Bohong Sunat ataupun menukarkannya kepada satu lagi istilah, iaitu Bohong Tersepit ?? Wallahu a'lam..


(Aku juga tidak dapat lari dari keadaan ini, because I don't want to sparkle a crisis. Lebih-lebih lagi for "those" who close with me, sometimes aku terpaksa berbohong dengan "kamu". Bukan niat aku, tapi aku terpaksa untuk buat macam tu. I've tried to tell the truth about my feeling... lonely, sadness, physically.. happy.. mentally.. Mm.. I'm not sure.... But in so many times... I can't tell directly.. Mm.. At least, please.... try to understand me....~=))........................)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails