Wednesday, February 4, 2009

::Geng Pencubit yang Jahat::

Sesekali terkenang juga memori masa lalu. Memori yang membuatkan aku memori yang terfikir bahawa adakah aku tergolong dalam golongan pembuli. Memori ini tersingkap semula apabila sepupu ku bercerita tentang seorang kenalan yang dikenalnya melalui SMS. Agak kebetulan juga, kenalan tersebut merupakan bekas pelajar yang sama kelas dengan aku satu ketika dahulu. Kenalan tersebut pula bercerita tentang kisahnya sewaktu di sekolah rendah dahulu. Sememangnya di dalam cerita tersebut, tersingkaplah juga chapter mengenari aktivitiku dan kawan-kawanku..... chapter yang mengisahkan "Geng Pencubit Yang Jahat". Mm... hendak dijadikan cerita..................


Aku dan beberapa orang kawan "segila" ku yang lain mempunyai hobi yang agak "unik".. hobi itu tak lain dan tak bukan.. suka MENCUBIT.. bukan cubit besar2 tapi kecil2.. kamu pun tahu betapa pedihnya cubitan macam tu..
Setiap pagi kami akan menunggu di depan pintu kelas menanti kedatangan dua orang pelajar yang sangat kami sukai.. dan mungkin "suka" dicubit.. hehe... Nampak sahaja batang hidung kedua-duanya, kami segeng seolah-olah melihat dua rakan yang sudah lama tidak ditemui.. Haha..lebih kurang macam kawan lama... Gembira sangat!!
Tangan2 digenggam dengan erat.. senyuman manis diberikan..Jeng Jeng Jeng......!! Satu cubitan yang agak kecil landing pada lengan kedua-dua "rakan lama" tadi.. Dengan penuh perasaan yang mencengkap kalbu.. cubitan dikuatkan lagi sehingga air mata kedua-dua "rakan lama" mengalir setitik demi setitik.. "Ok selesai tugas kita" member sorang ni bagi isyarat kata.. tugas pagi tu selesai dengan jayanya...
Hari demi hari kami melakukan aktiviti yang sama terhadap dua orang yang sama.. Sehingga pada suatu hari, kami langsung tidak nampak batang hidung kedua-duanya..apatah lagi kening mereka.. Mm.. Dorg nda hadir sekolah la maksudnya tu.. Berhari juga kami menunggu kedatangan mereka di ambang pintu.. rasa hairan pun ada.. Mm.. takkanlah dorg malas datang ke sekolah??..

Tiba pada suatu hari.. Ibu kepada salah seorang "rakan lama" kami datang berjumpa guru kelas.. yang pada ketika itu ibu kepada ahli geng yang tidak tahu aktiviti kami. Mm..
"rasa berdosa pun ada sebenarnya..." Si ibu datang dengan harapan dapat memberitahu guru kelas sebab sebenar kenapa anaknya tidak mahu hadir ke sekolah.. Rupanya sebelum ini, si anaknya sudah bercerita tentang apa yang dilaluinya setiap hari.. si ibu mengadu ke guru kelas kami.. Mm... Rasanya banyak hal yang mereka bincangkan di pejabat guru.. Cikgu kami pun datang ke kelas.. "Siapa yang tidak hadir hari ni?" Kami semua menjawab dengan memberitahu dua nama yang sering tidak hadir ke sekolah.. Rupanya soalan ni ada makna tersirat.. Cikgu tanya kami kenapa dua orang ni nda hadir.. Kami jawab.. "dorang jaga adik di rumah, cikgu.." "Macam mana kamu tahu?" cikgu tanya lagi.. Dengan selamba kami jawab.." dorang ada adik kecil cikgu, mama dorang sibuk kerja, jadi dorang tolong jaga adik.." Cikgu yang bertanya berpura-pura tidak tahu hal sebenar, tapi dia bagi kami nasihat.. tanpa menyinggung perasaan kami.. Terima Kasih Cikgu.. Aku pun kurang pasti adakah cikgu menerima jawapan kami atau cikgu anggap ia hanya sebagai ragam kanak-kanak...... Sungguhpun begitu, ia tidak berhenti di situ.. satu lagi "rakan lama" mula disapa.. sehinggalah kami sendiri jadi insaf atas perbuatan masing-masing..

Kepada "rakan lama" yang terlibat, aku dan kawan2 minta maaf atas kesalahan kami yang lalu

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails