Wednesday, February 25, 2009

::Kena MARAH !!..::

Tadi aku kena marah..
Kesannya....
  • aku jadi malu dan segan
  • aku jadi rasa bersalah
  • aku jadi tidak tenang sebab fikir tentang tu saja

Bila jadi macam ni..
Aku jadi.....
  • kuat makan sampai perut sakit
  • main game sampai tak ingat masa
  • mesej SMS jadi pendek2
  • diam (sesekali bersuara juga..)
  • lewat bangun esok paginya (buruk betul!!)

Lepas tu....
  • esok kena buat apa yang patut supaya nda kena marah lagi
  • senyum sama semua orang
  • mesej SMS jadi panjang semula
  • kembali tenang sedikit demi sedikit
  • sambung buat asgmen untuk dapatkan tekanan (sebab tekanan itu indah..)


Mm..apa2 ja la....

Sunday, February 15, 2009

::tips: telur ??::

Adakah anda mempunyai kesukaran buat benda ni??
Ni hah ada tips yang baik punya untuk asingkan putih telur ngan kuning telur...
Tapi..
Pastikan korang ada alat pengasing nie..
Yang aku sendiri pun tak tahu..
kilang apa dan syarikat apa serta orang apa yang mereka alat ini..



Langkah 1



Pastikan anda telah membeli telur
(tak kira apa jenis telur yang ada dalam pasaran),
dan memiliki alat pengasing telur ini..



Langkah 2



Telur dipecahkan.. dan isinya dimasukkan ke dalam alat misteri ini..
(seperti dalam gambar yang terpampang cantik ni..)




Lepas tu kan..
Kita akan nampak aliran putih telur keluar dari lubang hidung yang besar ini..
(hahaha...)
Lubang hidung pada alat inilah yang asingkan putih telur ngan kuning telur..



Langkah 3



Setelah kesemua putih telur dikeluarkan..
Barulah giliran kuning telur dikeluarkan..
Tapi ingat!!..
Jangan letak kuning telur dalam pinggan yang sama dengan putih telur tadi..
(walaupun warnanya boleh jadi sama)
Guna pinggan atau piring atau mangkuk yang lain..
Supaya ia betul-betul terasing..
(hahahahaha...)




*Tapikan..aku agak geli juga kalau mo guna alat ni..
Macam hingus plak jadinya...iiiiiiih.. geli laa.....Tak mo la guna...

Saturday, February 14, 2009

:: Buat Teman ::


Memori bersamamu meninggalkan bekas dalam hati..
Aku gembira kau hadir..
Menemani tiap ruang..
Memberikan aku peluang merasa tiap peri rasa..
Semua itu kebahagian buat ku..

Pepohon melambai riang..
Seperti menyambut kehadiran suatu cinta..
Walau tak nampak.. tapi bisa dirasa..

Di tepi pantai yang indah ini..


Di bawah senja nan merah..


Kita titipkan sesuatu..
Walau tak bisa diungkapkan..
Tapi mampu bersatu dalam diam..

Kita semai benih perasaan yang indah dirasa..
Agar bunga-bunga sayang mekar dalam hati..
Mungkin rasa ini...

Umpama kombinasi yang menarik..
Kita berada di pertengahan dalam dua keadaan yang berbeza..
Siapa tahu....??
Siapa peduli......??


Kita bina kubu cinta satu per satu..
Bagaikan hasil kerja ketam-ketam kecil yang begitu kreatif..
Pada hamparan pantai yang terbentang luas..

Kita hadapi tiap halangan di hadapan..
Walau ombak terus menghempas pantai..



Walau kubu cinta dilanda badai..
Kerana..


Walau itu yang berlaku..
Aku pasti kan tetap tersenyum..
Di sisi mu..


"jika kita jauh..memori yang dekatkan kita"

Tuesday, February 10, 2009

::Malassssss!!::


Kau datang tak ku undang..
Meresapi tiap rasa dalam minda..
Aku tak mahu kau datang..
Dan tak ingin kau hadir..
Cukuplah kau buat kerjaku berlambak-lambak..
Cukuplah kau buat aku kelam-kabut..
Cukuplah kau buat aku tak karuan..
Kau pergilah dari sini..
Pergilah...
Aku tak mahu kau datang...

Tapi kau tak peduli..
Kau menyusahkan aku..
Kau menyusahkan manusia di sekelilingku..
Kau masih juga di sini..
Seakan tak mampu untuk ku halau kau jauh dari sini..
Apa yang kau mahu sebenarnya hah???

Sudahlah!!
Cukuplah!!
Aku rimas dengan kau!!
Pergi!!
Pergi!!
Pergiiiiiiiiiiiiii!!


**************************************************************************


Beberapa hari ni aku rasa malas sangat.. Alahai.. Apa nak jadi lah dengan aku ni... Kadang-kadang terfikir yang sebenarnya I am not lazy, I just rest before I get tired.. Haha.. Aku tak suka keadaan macam ni.. Macam disusahkan tanpa rela...

Saturday, February 7, 2009

::Lie With A Tag::

LIE WITH A TAG..... Ataupun lebih senang kita cakap macam bohong sunat lah. Kamu pernah? Agak mustahil kalau kita kata yang kita tak pernah buat. Bohong Sunat sebenarnya tidak ada dalam Islam kerana menipu hukumnya haram. Ia sekadar istilah Melayu yang digunakan untuk menggambarkan tindakan berbohong kerana terpaksa atas sebab-sebab tertentu. Menurut Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed, menipu dalam Islam adalah sifat keji dan tanda bagi orang Munafik. Beliau memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, terdapat tiga tanda bagi orang Munafik, iaitu apabila berjanji dia akan mengingkari; jika bercakap, pasti dia berdusta, dan bila diberi amanah pula, akan diabaikan. Pada masa kini , istilah Bohong Sunat seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat kita, dan seakan-akan telah menjadi satu jenama dan label yang digunakan bagi menyelamatkan diri, tidak kiralah apa pun sebabnya.

Menurut hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a., Nabi s.a.w. bersabda; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)”

Manakala dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3)Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya

Jika dilihat melalui perspektif Bohong Sunat pada hari ini, terlalu banyak kita lihat orang berbohong disebabkan pelbagai alasan, kadang kala ada alasan yang tak dapat diterika akal.... dan selalunya bukanlah disebabkan oleh tiga keadaan yang disebutkan. Inilah yang orang kita istilahkan sebagai Bohong Sunat, tapi tak ada istilah ini di dalam agama. Bohong tetap bohong.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan Dr Mashitah tentang perkara yang sama iaitu, keadaan bagaimanakah kita dibolehkan berbohong. Jawab Dr Mashitah, berbohong adalah perkara yang dilarang dalam agama dan tiada istilah bohong sunat kerana perkara sunat mendapat pahala sedangkan berbohong pula salah satu sifat munafik. Bagaimanapun dalam agama ada tiga keadaan di mana dibolehkan berhelah iaitu pertama antara suami isteri demi menjaga kesejahteraan rumah tangga, kedua dalam peperangan dan ketiga untuk mendamaikan antara dua sahabat yang bergaduh. Kata beliau lagi, ada kalanya manusia berada dalam keadaan tersepit dan tidak dapat bercakap benar kerana hendak menjaga hati semua orang dan juga untuk menjaga nama baik. Kadang-kadang kenyataan seseorang juga boleh disalah ertikan atau sengaja disensasikan untuk tujuan komersial (dengan merujuk kepada situasi yang dihadapi oleh artis). Sebagai manusia biasa, ada ketikanya demi maruah dan mengelak fitnah ada perkara tidak boleh dihebahkan.

Jadi, adakah kita perlu menggunakan istilah Bohong Sunat ataupun menukarkannya kepada satu lagi istilah, iaitu Bohong Tersepit ?? Wallahu a'lam..


(Aku juga tidak dapat lari dari keadaan ini, because I don't want to sparkle a crisis. Lebih-lebih lagi for "those" who close with me, sometimes aku terpaksa berbohong dengan "kamu". Bukan niat aku, tapi aku terpaksa untuk buat macam tu. I've tried to tell the truth about my feeling... lonely, sadness, physically.. happy.. mentally.. Mm.. I'm not sure.... But in so many times... I can't tell directly.. Mm.. At least, please.... try to understand me....~=))........................)

::Ular berkaki empat ??::

Sedang asyik aku mencari cerita Siti Nurhaliza, aku terbaca cerita tentang ular berkaki empat ni. Rasa pelik mendorong aku untuk baca keseluruhan cerita.... TQ kepada blogger yang posted cerita ni. Credit dibagi untuk kmu.. ;)) Aku pun "agak" lupa laman webnya.. hehe.. yuk kita kongsi cerita ni sama2 aaarr...





Ular berkaki empat..


Penduduk Gowa di Sulawesi Selatan gempar setelah menemui seekor ular berkaki empat yang lengkap dengan lima jari di kakinya, lapor akhbar Bali Post semalam. Kejadian di Sungguminasa kelmarin itu ditemui oleh seorang anggota calon wakil rakyat, Muh Hatta Hamzah Karaeng Gajang ketika beliau berada di pejabat partinya. Ketika kejadian, Muh Hatta sedang bermain domino namun beliau hanya menyedari kehadiran ular itu beberapa minit kemudian. Ular berkenaan berukuran 15 sentimeter panjang itu berjalan dan tidak menyusur seperti biasa. Muh Hatta yang terkejut melihat reptilia itu kemudian menyimpannya di dalam sebuah balang setelah mendapati haiwan itu jinak dan unik.


Thursday, February 5, 2009

::Whispers in the wind::


Lagu ini diadaptasi daripada lagu yang dicipta oleh P.Ramlee..
Best juga dengar lagu ni.. tapi yang ori lagi best!


video

Whispers in the wind...
whispers in the wind
throughout the day
your love calls out to me
in its own special way
i hear your voice speaking to me
those sweet sounds of love in my ear
no matter where the world may take me
i feel your love everywhere
your whispers in the wind
drifting on the breeze
soothe my anxious heart
until you're here with me
i'll run to your open arms
just as soon as the day is through
as whispers in the wind
bring me home to you

*************************************************

Wednesday, February 4, 2009

::Geng Pencubit yang Jahat::

Sesekali terkenang juga memori masa lalu. Memori yang membuatkan aku memori yang terfikir bahawa adakah aku tergolong dalam golongan pembuli. Memori ini tersingkap semula apabila sepupu ku bercerita tentang seorang kenalan yang dikenalnya melalui SMS. Agak kebetulan juga, kenalan tersebut merupakan bekas pelajar yang sama kelas dengan aku satu ketika dahulu. Kenalan tersebut pula bercerita tentang kisahnya sewaktu di sekolah rendah dahulu. Sememangnya di dalam cerita tersebut, tersingkaplah juga chapter mengenari aktivitiku dan kawan-kawanku..... chapter yang mengisahkan "Geng Pencubit Yang Jahat". Mm... hendak dijadikan cerita..................


Aku dan beberapa orang kawan "segila" ku yang lain mempunyai hobi yang agak "unik".. hobi itu tak lain dan tak bukan.. suka MENCUBIT.. bukan cubit besar2 tapi kecil2.. kamu pun tahu betapa pedihnya cubitan macam tu..
Setiap pagi kami akan menunggu di depan pintu kelas menanti kedatangan dua orang pelajar yang sangat kami sukai.. dan mungkin "suka" dicubit.. hehe... Nampak sahaja batang hidung kedua-duanya, kami segeng seolah-olah melihat dua rakan yang sudah lama tidak ditemui.. Haha..lebih kurang macam kawan lama... Gembira sangat!!
Tangan2 digenggam dengan erat.. senyuman manis diberikan..Jeng Jeng Jeng......!! Satu cubitan yang agak kecil landing pada lengan kedua-dua "rakan lama" tadi.. Dengan penuh perasaan yang mencengkap kalbu.. cubitan dikuatkan lagi sehingga air mata kedua-dua "rakan lama" mengalir setitik demi setitik.. "Ok selesai tugas kita" member sorang ni bagi isyarat kata.. tugas pagi tu selesai dengan jayanya...
Hari demi hari kami melakukan aktiviti yang sama terhadap dua orang yang sama.. Sehingga pada suatu hari, kami langsung tidak nampak batang hidung kedua-duanya..apatah lagi kening mereka.. Mm.. Dorg nda hadir sekolah la maksudnya tu.. Berhari juga kami menunggu kedatangan mereka di ambang pintu.. rasa hairan pun ada.. Mm.. takkanlah dorg malas datang ke sekolah??..

Tiba pada suatu hari.. Ibu kepada salah seorang "rakan lama" kami datang berjumpa guru kelas.. yang pada ketika itu ibu kepada ahli geng yang tidak tahu aktiviti kami. Mm..
"rasa berdosa pun ada sebenarnya..." Si ibu datang dengan harapan dapat memberitahu guru kelas sebab sebenar kenapa anaknya tidak mahu hadir ke sekolah.. Rupanya sebelum ini, si anaknya sudah bercerita tentang apa yang dilaluinya setiap hari.. si ibu mengadu ke guru kelas kami.. Mm... Rasanya banyak hal yang mereka bincangkan di pejabat guru.. Cikgu kami pun datang ke kelas.. "Siapa yang tidak hadir hari ni?" Kami semua menjawab dengan memberitahu dua nama yang sering tidak hadir ke sekolah.. Rupanya soalan ni ada makna tersirat.. Cikgu tanya kami kenapa dua orang ni nda hadir.. Kami jawab.. "dorang jaga adik di rumah, cikgu.." "Macam mana kamu tahu?" cikgu tanya lagi.. Dengan selamba kami jawab.." dorang ada adik kecil cikgu, mama dorang sibuk kerja, jadi dorang tolong jaga adik.." Cikgu yang bertanya berpura-pura tidak tahu hal sebenar, tapi dia bagi kami nasihat.. tanpa menyinggung perasaan kami.. Terima Kasih Cikgu.. Aku pun kurang pasti adakah cikgu menerima jawapan kami atau cikgu anggap ia hanya sebagai ragam kanak-kanak...... Sungguhpun begitu, ia tidak berhenti di situ.. satu lagi "rakan lama" mula disapa.. sehinggalah kami sendiri jadi insaf atas perbuatan masing-masing..

Kepada "rakan lama" yang terlibat, aku dan kawan2 minta maaf atas kesalahan kami yang lalu
Related Posts with Thumbnails