Saturday, July 6, 2013

Punyalah kuat angkat barang !!!

1998.. Tarikh sebenar kejadian aku tak berapa ingat, tapi yang pasti aku sedang belajar di dalam darjah enam. Masa tu salah sebuah bangunan lama SK. Kolapis terbakar. Aku dengar-dengar punca kebakaran disebabkan budak-budak nakal merokok di bawah kolong rumah guru lama yang hampir dengan bangunan lama tu. Hendak dijadikan cerita.........

Sedang aku asyik menonton drama cina kesukaanku, aku dikejutkan dengan berita kebakaran bangunan lama sekolah tu. Terus airmata ku mengalir. Bercampur baur perasaanku.. Takut.. Sedih.. Takut kalau-kalau api tu merebak sampai ke rumahku yang berhampiran dengan bangunan tu.. Sedih sebab banyak kenangan manis berlaku di situ..

Dan yang aku teramat pasti.. aku jadi sangat kuat untuk mengangkat kebanyakan barangan elektrik rumah untuk dipindahkan ke luar.. hahahaha..  nasib saja masa tu aku tak angkat peti sejuk. Barangan lain seperti TV, radio besar, komputer 1 set dengan printer sekali aku angkat.. Bukan itu saja, kain baju, gambar-gambar, segala dokumen penting termasuk buku sijil-sijil aku bawa ke luar semuanya. 

Kakak aku pula sangatlah pintar, yang dia tahu bawa duit dan dokumen penting saja dalam 1 beg tangan (Tabiklahh.. hehehe..)..

Sekolah hangus.. yang tinggal hanyalah sisa-sisa kebakaran. Kekuatan yang aku dapat tadi hilang macam tu saja. Sangat berat untuk aku yang sekecil itu untuk meletakkan semula barangan elektrik rumah dan pelbagai lagi di tempat asalnya. Aku jadi bahan gurauan famili. Tak semena-mena, aku tertonton cerita Doraemon.. Masa tu watak Giant pun macam aku. Rumahnya kebakaran dan dia jadi kuat untuk angkat semua barangan elektrik rumah untuk diselamatkan. Tapi selepas itu terpaksa sendirian mengemas. Huhuhu..

Kerja memunggah barang keluar rumah (seorang diri) tidaklah sampai setengah jam, tapi mengemasnya semula (juga seorang diri) mengambil masa 3 jam lebih. Hahaha.. sabar sajalah Emmy... :)

Peristiwa yang masih dalam ingatan setelah sekian lama... :)

Wednesday, February 15, 2012

Kau dan Dirimu..

Kadangkala diri terasa bodoh..
Bodoh kerana tidak mampu berbuat apa..
Eh! Bukan tidak mampu..
Tapi perasaan 'tidak mahu' yang menghalang kau untuk berbuat sesuatu..

Haruskah mempercayai gerak hati yang belum pasti kebenarannya?
Haruskah menutup mata sedangkan bukti terhidang di depan mata?
Kenapa harus ada pertanyaan begitu?

Kau dengan hidupmu..
Kau tahu apa kau mahu..
kau mampu pikul beban di bahu..

Jalani hidup dengan senang hati..
Buang semua yang menyakiti..
Maha Esa kau dekati..

Monday, October 3, 2011

tak sedar.. tak tahu

Memang ada kata yang berputar ligat di minda..
tapi ternyata madah lain yang menerjah keluar..
Aku fikir aku terlupa atau aku tak sengaja..
tapi mungkin ia satu petunjuk apa rasa dalam hati..
kadang-kadang yang kita tak sedar itu..
sebenarnya adalah kita yang kita tak tahu..

Monday, November 22, 2010

singgah sebentar di sini...

Agak lama tidak menjenguk ruangan ini... kesibukan terkadang memaksa aku untuk berpaling seketika.. hehe.. tanpa ada ingin dilontar.. aku gagahi juga si jari jemari mengatur huruf pada keyboard dengan dibantu secebis kata di minda.. mungkin ini sudah cukup untuk kali ini.. <3<3

kepada yang sudi menyinggah di ruang ini.. aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.. :)

aku akan kembali lagi..

Tuesday, November 2, 2010

emosi saya..

Tak lama lagi penduduk Batu Sapi akan pergi membuang undi. Saya tak pasti apakah pilihan mereka tetap sama atau ada perubahan. Tapi setahu saya kebanyakan mereka sememangnya sudah sebati dengan Barisan Nasional. Boleh dikatakan kesetiaan mereka agak sukar diganggu gugat. Walaupun saya tidak melihat secara langsung perjalanan kempen di Batu Sapi pada ketika ini, saya berharap Barisan Nasional akan menang dan meneruskan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. Harapan tinggi daripada seluruh penduduk Sabah agar negeri ini mampu bersaing dalam pelbagai bidang dengan negeri-negeri yang lain. Semoga pembangunan dapat dikecapi bukan sahaja secara fizikal tetapi juga pembangunan minda. Saya antara orang muda yang akan terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional. =)

Terkadang saya rasa beremosi jika ada segelintir penyokong si polan yang berkata bukan-bukan terhadap kerajaan kita. Sewajarnya mereka bersyukur kerana masih dapat tidur lena di bumi bertuah ini. Mungkin mereka antara orang-orang yang tidak sedar akan kemakmuran dan keharmonian negara kita. Bayangkan saja jika si polan yang mengganti tampuk pemerintahan, alamatnya kita menjadi pelarian di bumi sendiri. Minta dijauhkan perkara sedemikian.......

Saya sangat cintakan negara saya. Saya mudah berasa sebak sekiranya ada anak-anak Malaysia yang menempa kejayaan atas nama Malaysia. Mungkin itu tandanya semangat patriotik dan cintakan negara ada dalam jiwa saya.

I LOVE MALAYSIA!!
Related Posts with Thumbnails